Penyanyi dan usahawan Nubhan mendedahkan sejak bercerai tahun lalu ramai wanita cuba mendekatinya serta menghantar mesej peribadi di media sosial.
Memetik Harian Metro, Nubhan berkata bukan saja ada yang menghantar mesej malah ada yang turut bertanyakan kepada ahli keluarganya.
BACA: “Kalau Tak Salah Kenapa Takut?” – Peguam Nubhan Tegaskan 120 Soalan Buat Dr Fie Prosedur Biasa
“Ada yang DM dan ajak saya keluar minum kopi dan ada juga yang ‘straigth forward’ (berterus terang) dan sangat ‘daring’.
“Saya tengok ada komen yang serius mahu berkenalan termasuk ada pihak yang bertanya kepada ahli keluarga dan nak kenalkan saya dengan orang itu dan inilah, tapi saya cakap dengan kakak, nantilah dulu,” katanya.
Sementara itu, Nubhan berkata dia tidak menutup pintu hati namun dia belum terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini.
“Buat masa sekarang, sesiapa yang cuba nak dekati saya, boleh sahaja untuk kita berkawan dahulu. Saya belum fikir soal pengganti lagi sebab baru sahaja bercerai.
“Pada masa sama, saya ada banyak tanggungjawab sekarang, bukan sahaja menjaga Mak Jenny yang kurang sihat, saya juga perlu fokus untuk kukuhkan bisnes,” katanya.
Terdahulu, Nubhan dan Dr Fie berkahwin pada 2015 namun bercerai talak dua pada 2 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Harian Metro