Pelakon Syatilla Melvin menyersu wanita yang menjadi mangsa lelaki narsisistik untuk bangkit serta tidak takut untukmendapatkan bantuan.
Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla turut meminta masyarakat untuk lebih peka dengan orang sekeliling terutama jika mereka berdepan dengan inidividu narsisistik.
BACA: Syatilla Terharu Shaheizy Sam Bantu Jaga Bapa Mentua Sakit

Kata Syatilla lagi, ambil perhatian dengan keadaan orang sekeliling dan jangan tunggu sehingga berlaku kehilangan nyawa akhirnya diri sendiri yang menyesal.
“Mangsa-mangsa lelaki narsisistik tolong bangun dan jangan takut!!! Orang keliling tolong aware dan buka mata pasal isu manusia sakit mental macam ni, adik-beradik family tolong jangan ambil mudah. Cek anak, family keliling, jangan biar mereka tanggung sorang-sorang. Jangan sampai hilang nyawa baru kita nak menyesal. Nauzubillah,” tulisnya.