Anak sulung kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu Ahmad Fariedz Shah atau Payish gembira bapanya kini bahagia bersama usahawan Datuk Seri Vida.

Memetik Ohmymedia, Payish berkata dia mahu melihat bapanya bahagia dan paling utama mereka sebagai anak-anak termasuk Cik B serta Kacak menerima hubungan kedua-duanya.

BACA: Fazley Yaakob Lamar DSV Dengan Cincin Tiara RM7,000, Kejutan Bernilai RM500,000 

“Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dan berpuas hati kerana saya mahu Dida bahagia, saya mahu Mama Vida juga bahagia.

“Paling penting, saya dan Cik B dapat menerima hubungan ini, begitu juga adik-adik saya yang selesa dengan keputusan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Payish berkata dia senang dengan sikap bakal ibu tirinya seorang yang penyayang, kuat pegangan agama serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Apa yang saya suka tentang Mama Vida ialah saya dapat melihat dia memang memberikan banyak kasih sayang kepada Dida. 

“Saya juga dapat melihat pegangan agamanya kuat kerana Mama Vida menunaikan solat setiap hari. Dia seorang yang manja, beriman, sangat cantik dan baik hati. Dia juga suka berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Sumber: Ohmymedia

×