Nora Danish Harap Dipertemukan Suami Beriman

Pelakon Nora Danish berkata dia tidak pernah menutup pintu hati dan berharap dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya.

Memetik Harian Metro, Nora berkata fokusnya kini adalah untuk memperbaiki diri dan jika dikurniakan suami beriman suatu hati nanti sudah pasti dia bersyukur.

BACA: Nora Danish Suka Lelaki Beriman

“Sebenarnya, idaman setiap wanita adalah untuk mendapatkan suami yang beriman. Kalau dapat, Alhamdulillah. Cuma, kadang-kadang apa yang saya kongsikan di Threads atau media sosial sendiri adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pengikut. Itu sahaja, supaya ada interaksi dua hala.

“Tetapi dari segi peribadi, saya lebih fokus kepada diri sendiri sekarang. Terutama dalam fasa kehidupan saya ketika ini. Kalau dahulu, memang saya mencari kerana saya rasa perlukan teman,” katanya.

Sementara itu, Nora beranggapan setiap manusia boleh mendapatkan yang terbaik dalam soal jodoh selepas dia  melihat kebahagiaan rakan selebriti lain.

Namun, Nora berkata sebagai manusia kita hanya mampu mendoakan yang terbaik kerana tiada siapa tahu apa kan jadi di masa hadapan berkenaan hal rumah tangga.

“Tetapi untuk mendapatkan hubungan seperti yang mereka miliki, mungkin kita akan dapat, mungkin juga tidak. Kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik.

“Gagal dalam perkahwinan itu perkara biasa. Itu ujian kehidupan. Kalau kali ketiga saya berkahwin, mungkin saya gagal lagi, mungkin juga tidak. Semua itu lumrah kehidupan. Hendak mendapatkan pasangan yang sempurna memang sukar,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×