“Shuib Okay Ke Tu?” – Akaun Instagram Shuib Dihujani Komen Netizen

Hari ini hangat diperkatakan apabila pelawak Jep Sepahtu memuat naik hantaran luahan seolah sudah muak nama dan kisahnya terus ‘dipergunakan’.

Menerusi hantaran tersebut, Jep berkata perkara tersebut sudah banyak kali berlaku dan dia juga sudah memohon maaf.

BACA: “80% Masa Bersama Anak” – Watie Kongsi Tips Rapat Dengan Anak-Anak Shuib

Dalam perkongsian itu, Jep turut memuat naik paparan mesej bersama Shuib namun tidak berbalas. Jep turut menjelaskan mengenai bayaran yang sering disebut, Jep berkata mereka tidak pernah berurusan  berkumpulan sebaliknya secara individu.

“Dari dulu semuanya urus secara individu. Kalau betul memang ada cerita pasal bayaran tu, terus sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD.

“Jangan berkias-kias dekat podcast dan berusaha bersungguh-sungguh buat orang bersangka buruk untuk benci aku. Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampak kan dia bersih,” katanya.

Sementara itu, akaun Instagram Shuib dihujani oleh netizen selepas perkongsian dibuat oleh Jep sebentar tadi. Diruangan komen, ada yang bertanyakan mengenai keadaan Shuib serta ada yang menantikan hantaran terbaru daripada berkenaan kenyataan Jep itu.

×