Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsikan tip membina hubungan baik dengan anak-anak apabila berkahwin dengan lelaki berstatus duda.

Menerusi perkongsian di Threads, Watie berkata dia menerima banyak mesej meminta cara untuk mengambil hati anak tiri. Menurut Watie, masa dan perhatian perlu diberikan kepada anak-anak apatah lagi dia akan masuk dalam kehidupan bapa mereka.

BACA: “Saya Pujuk Thalita” – Watie Kongsi Cerita Disebalik Nama Akira Juwita Zahra 

“Mummy dapat banyak DM orang minta tips macam mana cara nak rapat dan ambil hati bila kawin dengan Duda yang ada anak. Tips nombor satu, 20 peratus masa bersama suami 80 peratus masa bersama anak-anak,” tulisnya.

Tambah Watie lagi, ketika meluangkan masa bersama suami perlu selitkan anak-anak untuk turut serta dan sentiasa bawa bersama dalam apa saja program termasuk percutian.

“Tips nombor dua, dalam 20 peratus bersama suami tu tetaplah selitkan anak-anak sekali. Tips nombor tiga, jangan tinggalkan anak dalam setiap program dan percutian, tinggal suami tak apa,” tulisnya.

×