Ahli Perlimen Muar, Syed Saddiq berkata perancangan untuk berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah terpaksa ditangguhkan kerana tuntutan kerja.
Dalam sidang media majlis perkahwinan mereka baru-baru ini, Saddiq berkata dia mahu memberi fokus pada persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan sehingga awal Disember.
BACA: “Jangan Gadai Simpanan Untuk Kemewahan Sehari” Syed Saddiq
“Mungkin selepas berkahwin, kami berbulan madu di Parlimen. Gurau sahaja.
“Parlimen bermula minggu depan dan berakhir awal Disember. Orang lain mungkin selepas berkahwin terus pergi berbulan madu, tetapi kami tidak dapat berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, Saddiq menyifatkan dirinya bertuah kerana bakal isterinya memahami tuntutan kerjanya tambahan pula dia mencatatkan kehadiran penuh di Parlimen.
“Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada bakal isteri dan dia sangat memahami bidang kerja saya. Saya sangat bertuah memilikinya sebagai bakal isteri. Saya tidak mahu mengabaikan atau ponteng Parlimen semata-mata untuk berbulan madu. Setakat ini, kehadiran dan penglibatan saya di Parlimen masih 100 peratus.
“Jadi, mungkin kami akan tangguhkan dahulu perancangan tersebut sehingga tanggungjawab selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata Bella lebih sibuk berbanding dirinya malah selepas berkahwin bakal isterinya itu akan ke luar negara untuk membuat persembahan.
“ Sebenarnya, Bella lebih workaholic daripada saya. Selepas berkahwin pun dia sudah mempunyai konsert di luar negara, persembahan dan penggambaran sebagai duta jenama.
“Kalau boleh, saya mahu mengikutinya. Tetapi sekiranya bertembung dengan sidang Parlimen, saya perlu memberikan fokus kepada tanggungjawab hakiki,” katanya.