Ibu kepada pempengaruh media sosial, Dr Fie iaitu Dr Zailah meluahkan rasa syukur anaknya selamat mengikat tali pertunangan pada 2 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Zailah berkata dia terkejut apabila menerima mesej daripada individu yang mengucapkan tahniah di atas pertunangan anaknya.
BACA: “Bukan Nak Tunjuk Pada Bekas Suami” – Bakal Suami Dr Fie Duda Anak Empat
“Alhamdulillah, anakanda sudah pun bertunang pada 2/8/26 yang lalu. Petang tadi mesej masuk bertalu-talu. Terkejut juga bila ramai yang mengucapkan tahniah, tak perasan rupanya anakanda dah “reveal” tentang pertunangannya.
“Insya-Allah, saya dan keluarga kini sedang merancang hari bahagia mereka. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan mengucapkan tahniah. Kami amat menghargai setiap doa dan ingatan yang baik,” tulisnya.
Sementara itu, Dr Zailah berkata bukan mudah untuk mereka sekeluarga memberikan persetujuan namun dia mengharapkan perjalanan ini yang terbaik buat Dr Fie dan bakal menantunya.
“Bukan mudah untuk kami memberi persetujuan, namun kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Semoga pilihan dan perjalanan ini adalah yang terbaik buat mereka berdua.
“Saya mohon doa daripada semua, semoga Allah permudahkan segala urusan, lancarkan segala perancangan, pelihara hubungan mereka dan membawa mereka hingga ke hari yang dinanti. Aminn Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk anakanda dan bakal menantu,” tulisnya.