Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjadi perhatian apabila membuat kejutan membawa beberapa kakitangan menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video dikongsikan, Norman dan Memey memberitahu mengenai kejutan tersebut sebagai penghargaan buat mereka yang sentiasa pastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik.
BACA: “You Will Always Be My Baby” – Norman Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Danisha
“Seperti biasa, setiap bulan kami adakan meeting bersama team untuk memastikan pelanggan sentiasa mendapat yang terbaik daripada kami. Tapi kali ini, ada satu kejutan istimewa buat team yang dipilih untuk menunaikan umrah.
“Satu bilik meeting terus bertukar menjadi tempat penuh air mata. Bukan kerana sedih, tetapi kerana terlalu sebak dengan rezeki dan kasih sayang yang Allah aturkan,” tulis hantaran itu
Difahamkan, ini tahun kedua Norman dan Memey membawa kakitangannya menunaikan umrah serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang diizinkan.
‘Ini merupakan tahun kedua kami membawa team untuk menunaikan umrah. Bila Allah izinkan, tiada yang mustahil. Terima kasih, Ya Allah, atas segala rezeki, kasih sayang dan nikmat yang dititipkan dalam keluarga ini.
“Semoga setiap kebaikan yang dikongsi menjadi asbab lebih banyak keberkatan, rezeki dan kebahagiaan untuk semua. Alhamdulillah untuk segala-galanya,” tulisnya.