Pelakon Norman Hakim memuat naik hantaran menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya, Maria Danisha Hakim sempena ulang tahun kelahiran ke-18.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata cepat masa berlaku dan meskipun anaknya itu sudah dewasa namun di matanya tetap anak kecil.

BACA: “Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni” 

Sementara itu, Norman berkata dia mungkin tidak dapat menemani setiap langkah yang akan dilalui anaknya namun dia akan sentiasa di belakang Danisha.

Dalam pada itu, Norman berkata dia tidak meminta anaknya untuk menjadi sempruna tetapi sentiasa berbuat baik, menjaga maruah dan meletakkan Allah sebagai keutamaan. 

×