Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur diberi kesempatan bertemu dengan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.
Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkongsikan dia berkesempatan duduk berdekatan dengan bekas isteri Perdana Menteri itu yang disifatkan hadiah untuk disimpan.
BACA: Che Ta Tak Kisah Jika Menantu Tak Pandai Masak
“Ada pertemuan yang bukan sekadar tentang sebuah meja dan hidangan, tetapi tentang rasa syukur kerana diberi kesempatan duduk dekat dengan seorang insan yang begitu besar jasanya. ?
“Hari ini, baru saya sedar… mungkin pertemuan itu adalah sebuah kenangan yang Allah hadiahkan untuk saya simpan selamanya,” tulisnya.
Sementara itu, Che Ta berkata meskipun pertemuan tersebut singkat namun begitu bermakna dengan individu yang banyak berjasa untuk negara.
“Kelembutan tutur kata, senyuman dan aura seorang wanita yang begitu mulia semuanya masih segar dalam ingatan. Terima kasih Tun, untuk satu pertemuan singkat tetapi begitu bermakna.
“Perginya seorang wanita hebat yang telah banyak berjasa kepada negara, tetapi kenangan tentang kelembutan dan kebaikan Tun akan terus hidup dalam hati kami,” tulisnya.