Penyanyi dan vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi Saat berkongsi dia menerima pelbagai tawaran kerja luar bidang nyanyian.
Menerusi perkongsian di Threads, Azmi berkata dia terima tawaran antaranya membaca doa untuk majlis, berkongsi pengalaman hidup, menjadi juri program turut dipanggil untuk melawak.
BACA: “Kami Berdua Sendiri Tak Dapat Melihat” – Azmi Saat Sebak Anak Disahkan Autsime

“Kebelakangan ini, banyak pula tawaran kerja yang bukan nyanyian. Baca doa untuk majlis, berkongsi pengalaman sebagai pemuzik dan OKU buta, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak..aduh,” katanya.
Sementara itu, Azmi berkata pada awalnya dia menolak tawaran-tawaran namun dia membuat keputusan untuk mencuba serta melakukan ikut kemampuannya.
“Awalnya saya tolak juga. Tapi bila yang bagi peluang tu kata saya boleh buat, rasa macam tak patut pula kalau tak cuba. Jadi, kita cuba sajalah apa yang termampu. Kalau dah cuba tapi tak boleh atau tak minat, tak payah buat lagi.” katanya.