“Betuk Ke Muka Saya Sombong?” – Zizie Izette

Pelakon Datin Seri Zizie Izette menjadi perhatian apabila bertanyakan kepada netizen adakah wajahnya dilihat sombong.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizie mengakui wajahnya mempunyai ekspresi ‘resting bitch face’ (RBF) sehingga disalah anggap sebagai sombong.

BACA: Shaheizy Sam Lega Zizie Izette Bebas Kes Jenayah

Bagaimanapun, Zizie berkata personalitinya bukanlah sombong sebaliknya memiliki hati yang ceria dan berwarna warni.

“Betul ke muka saya sombong? Sumpah, dalam hati saya ada taman bunga yang ceria dan berwarna-warni.

“Cuma perlu disapa saja. Kalau tak, memang secara semula jadi saya ada RBF,” katanya.

×