“Kalau Nak Kahwin Azeva, Hantaran RM10 Juta Saya Terima”

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida berkata ramai lelaki menghantar mesej mencuba nasib untuk berkenalan dengan anaknya, Azeva.

Memetik HibGlam, Aida bagaimanapun mahu anaknya memberi fokus dengan kerjaya apatah lagi Azeva kini sedang mencipta nama.

BACA: “Hidung Mancung Ikut Mama” – Azeva Nafi Buat Hidung

Aida sempat berseloroh mengatakan jika ada yang mahu kahwini anaknya dia boleh pertimbangkan jika hantaran diberikan sebanyak RM10 juta.

“Saya terima banyak mesej dalam media sosial termasuk artis yang panggil saya mama. Boleh dikatakan berderet-deretlah nak kenal dengan Azeva.

“Sebab itu saya buat kenyataan bahawa Azeva buat ketika ini elakkan bercinta sebab saya sedang mencipta namanya dan peluang kerja pula sedang banyak.

“Jadi, kenapa perlu saya sia-siakan semua itu. Tidak mungkinlah tengah mendunia ini, tiba-tiba nak kahwin? Hello! Kalau nak kahwin, hantaran RM10 juta saya terima dan boleh dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata dia bukan mahu mengongkong anaknya sebaliknya mahu lelaki tersebut boleh memberikan kepada anaknya seperti apa yang dia lakukan.

“Tidak kongkong pun tetapi sejak kecil saya menjaganya, mandikan dengan susu sehingga dapat secantik ini. Saya tidak kisah kalau nak cakap saya kongkong anak,  memang saya sudah berhabis banyak sebelum ini sepanjang besarkannya.

“Bukan mudah untuk mendekati puteri saya tetapi sekurang-kurangnya orang itu boleh bagi dia lebih daripada apa yang saya beri. Sebagai contoh, kalau saya bagi dia jam tangan Rolex merah jambu, orang itu kena bagi jam yang lebih mahal daripada itu,” katanya.

Sumber: HibGlam

×