Peguam mewakili penyanyi Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli menegaskan 120 soalan yang bakal dikemukakan kepada Dr Afifah Hidayah bukan tujuan untuk menjerat.
Memetik mStar Online, Redzuan berkata soalan berkenaan adalah sebahagian daripada proses soal balas dan relevan dengan kes komital membabitkan anak guamnya dan Dr Fie.
BACA: “Itu Tetap Mak Mentua Saya” – Dr Fie Doakan Mak Jenny Segera Sembuh
“120 soalan yang ingin dikemukakan itu sebenarnya prosedur biasa. Tetapi pihak sana tidak bersedia, jadi defendan minta ditangguhkan dan meminta agar pihak kami menyediakan soalan terlebih dahulu sebelum prosiding akan datang.
“Bagi saya, soalan itu kena relevan dengan kes. Kita tidak boleh tanya sebarang soalan, ia mesti berkaitan dengan kes. Setakat ini 120 itu mungkin akan pecah lagi kepada 120 lagi jika dapat idea soalan baharu,” katanya.
Sementara itu, Redzuan turut mempersoalkan tiada sebab untuk rasa takut jika seseorang itu tidak melakukan kesalahan. Redzuan berkata pihak mereka berpegang pada prinsip tidak perlu rasa takut jika tidak melakukan kesalahan.
“Kalau dia tak salah, kenapa dia perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun. Dalam kubur pun ada lima soalan saja.
“Kita pegang pada peraturan biasa… berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau dia benar, kenapa dia perlu takut?” katanya lagi,” katanya.
Tambah Ridzuan lagi, penangguhan prosiding sehingga Januari 2027 sedikit sebanyak turut memberikan risiko kepada pihak Dr Afifah.
Pada Mei lalu, Nubhan memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Fie melanggar tiga perintah mahkamah.
Sumber: mStar Online