Penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyifatkan keputusan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah adalah ketentuan Allah.

Menerusi satu video pendek yang dikongsikan oleh isterinya, Haslinda Manaf kepada rakan-rakan ahli kumpulan WhatsApp Bapakku FM.

BACA: Ismahalil Menangis, Sujud Syukur Dilepas, Bebas Hukuman Gantung

Dalam video berkenaan, Ismahalil dilihat tenang memberikan ucapan tersebut serta menzahirkan ucapan terima kasih buat semua rakan-rakan yang mendoakannya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah… Alhamdulillah, Allah bagi keputusan macam ini. Insya-Allah, terima kasih semua kawan-kawan, terima kasih semua. Kepada anak-anak ayah, doakan ayah, mungkin ini bahagian ayah. Kepada lawyer, kepada semua sekali.

“Demi Allah saya tak ada nak menyalahkan siapa-siapa. Semua ketentuan Allah. Terima kasih semua yang mendoakan. Kita dah berusaha dan kita telah mendoakan, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ismahalil berkata ini adalah video terakhirnya sebelum dia menjalani hukuman serta menitipkan pesanan kepada anaknya untuk menjaga ibunya.

“Insya-Allah. Demi Allah, terima kasih semua sekali sahabat-sahabat… terima kasih semua sekali. Hakim, jaga ibu bagi-baik. Ibu, setia dengan ayah, insya-Allah… Insya-Allah, sayang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×