Pelakon Kilafairy tampil memohon maaf secara terbuka susulan kata-kata kasar yang dilemparkan susulan isu anjing bernama Rocky yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Kila mengakui kata-kata digunakan agak keras dan sebagai manusia dia juga tidak sempurna dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan lebih baik.
BACA: “Doa & Kata-Kata Awak Sangat Tak Baik” – Jinggo Tegur Kilafairy Isu Rocky

Sementara itu, Kilafairy berkata dia mengucapkan terima kasih di atas teguran dan nasihat yang diberikan secara peribadi.
Katanya lagi, dia sudah membaca penjelasan daripada kedua-dua pihak berkenaan kes tersebut dan daripada kes tersebut semua pihak dapat kendalikan situasi itu dengan adil dan berhemah.