“Saya Tak Nak Dia Tukar Agama Hanya Atas Kertas” 

Pelakon Daiyan Trisha mendedahkan dia pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki bukan Muslim tahun lalu namun hubungan mereka berakhir di tengah jalan.

Menerusi satu podcast, Daiyan berkata perbezaan agama merupakan sebab dia tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu.

BACA: “Ramai Ingat Dia Cari Lelaki Kaya, Daiyan Bukan Begitu” – Ibu

@theheadoverheelspod

when she KNOWS what she wants @Daiyan Trisha talks about her dating standards and her non-negotiable when it comes to a life partner. ? listen to the full episode now on @youtube, @spotify & Apple Podcasts — EP106 “Dating Standards & Setting The Rumours Straight”

? original sound – Head Over Heels Podcast – Head Over Heels Podcast

“Saya pernah bercinta tahun lepas tapi dia bukan Muslim. Jadi kami tak boleh berkahwin. Saya bukan jenis yang bercinta untuk suka-suka, saya bercinta untuk berkahwin.

“Mula-mula dia tak anggap isu agama tu sebagai satu masalah. Tapi lama-kelamaan, perkara itu menjadi isu,” katanya.

Sementara itu, Daiyan berkata hal agama bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan apatah lagi lelaki yang akan memimpin keluarga.

“Hubungan yang lalu mengajar saya, ia bukan sekadar cakap ‘ya, saya akan masuk Islam’. Ia jauh lebih mendalam daripada itu. Dia perlu benar-benar percaya kerana suatu hari nanti dia akan memimpin keluarga.

“Ada yang memeluk Islam hanya atas kertas. Bagi saya, itu tidak cukup dan saya tidak mahu kerana perkara itu sangat penting,”,” katanya.

×