“Ramai Ingat Dia Cari Lelaki Kaya, Daiyan Bukan Begitu” – Ibu

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha iaitu Dr Samsiah Mohd Nor berkata anaknya bukan seorang yang materialistik dalam memilih calon suami.

Memetik Utusan, Samsiah berkata Daiyan merupakan anak yang paling tidak cerewet dalam memilih pasangan meskipun ramai yang menyangka dia mencari lelaki kaya. Samsiah turut berkongsikan mengenai pilihan pasangan anaknya itu ketika di zaman persekolahan. 

BACA: Amir Ahnaf Mengaku Daiyan Trisha Ada Ciri Wanita Idaman

“Daiyan sebenarnya sangat mudah didekati dan paling tidak memilih antara lima beradik. Sampai kami pernah bergurau tentang pilihannya sebelum ini. Bukan menghina, tetapi ketika itu kami tidak sangka itu pilihannya.

“Saya cakap, tidak mengapalah, terpulang kepada dia. Nanti dia sendiri akan tahu apa yang kurang. Umpamanya dia seorang yang laju, tetapi memilih orang yang perlahan. Nanti lelaki itu tidak terkejar pula.

“Ramai ingat dia mencari lelaki yang kaya. Daiyan bukan begitu. Dia memang jenis yang tidak kisah. Sebab itu kami selalu bergurau kerana kadang-kadang pilihannya memang kelakar. Tetapi itu ketika dia masih bersekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Samsiah berkata dia tidak menghalang pilihan anaknya namun berharap Daiyan bertemu pasangan yang sepadan dengan rentak hidupnya.

“Carilah yang senada. Kalau dia berlari, lelaki itu boleh mengejar. Jangan pula dia berlari seorang, tetapi pasangannya masih menunggu di belakang. Itu maksud saya.

“Bukan daripada aspek materialistik, tidak. Kalau tahu ambil hatinya, sebenarnya mudah sahaja. Tetapi kalau terlalu perlahan, memang selamat tinggallah. Mungkin Daiyan memang jenis yang laju, macam saya,” katanya.

Sumber: Utusan

×