Sebelum ini hidangan nasi ayam yang dijual oleh usahawan Datin Noor Kartini berharga RM26 sebekas mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Terbaru, Datin Kartini sekali lagi menjadi perhatian apabila menjual sambal nasi ayam dengan isi padu 150ml pada harga RM18 sebotol.
BACA:“Selepas Nasi Ayam Mama RM26 Viral, Makanan Ini Meledak”

Menerusi video dikongsikan di Insta Story, Datin Kartini menunjukkan sambal yang dijual di dalam botol dan ianya boleh dimakan dengan pelbagai hidangan.
Terdahulu, Nona, Kartini meluahkan rasa syukur hidangan yang dijualnya mendapat perhatian dan sekaligus membuatkan menu tersebut tular. Kartini berkata hidangan tersebut kini turut menjadi fenomena sekaligus dapat membantu peniaga nasi ayam lain.