Usahawan dan ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini membuka peluang kepada mereka di luar Kuala Lumpur untuk menjadi ejen jualan nasi ayamnya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Kartini berkata dia mencari ejen berikutan permintaan terhadap Nasi Ayam Mama Tini semakin tinggi.
BACA: “Selepas Nasi Ayam Mama RM26 Viral, Makanan Ini Meledak”
“Kepada sesiapa yang nak jadi ejen Nasi Ayam Mama Tini, boleh mesej saya. Kita nak ejen yang luar Kuala Lumpur. Sebab ramai sangat yang nak nasi ayam saya,” katanya.
Sementara itu, Kartini turut menyebut beberapa negeri yang membuat permintaan tinggi untuk membeli Nasi Ayam Mama Tini dan mereka yang berminat unntuk menjadi ejen boleh menghantar mesej.
“Kuantan, Seremban, Melaka, Johor dan Kelantan antara negeri yang banyak buat permintaan. Siapa-siapa nak jadi ejen, boleh saja mesej,” katanya.