Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut keluarga pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Isu membabitkan Abby itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Fatin Afeefa yang memberikan sokongan dengan membeli produknya secara atas talian.

BACA: Diperlakukan Macam Sampah Pun, Diam-Diam Saya Jalan Terus Je” 

Fatin turut menitipkan kata-kata semangat kepada Abby semuanya akan baik-baik saja dan Allah melihat semua pengorbanannya selama ini. 

“Dah order kakak! Allah tak tidur, dan Dia nampak semua pengorbanan. Kakak kuat, InsyaAllah everything will be okay,” tulisnya.

Terdahulu, Abby berkongsikan luahan perasaan trauma sebagai wanita dan sudah penat mental kerana luka yang tersimpan.

×