Pelakon Rita Rudiani meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada individu mengitkan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu itu mendakwa bakat Airit dalam olahraga diwarisi daripada bapanya yang merupakan pemain bola.

BACA: “Buta Mata Buta hati” – Rita Rudaini Meluat Orang Merokok Dalam Kedai Makan

Hantaran individu itu dibalas semula oleh Rita yang mengatakan kejayaan diraih anaknya itu adalah didikannya sejak kecil dan tiada kaitan dengan bekas suaminya.

“Tiada kaitan dengan bapa dia! Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari itu aku! Hamak perhatian,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengecam hantaran individu tersebut apatah lagi ramai mengetahui bahawa Rita berkorban membesarkan anak-anaknya sendirian.

×