Pelakon Fattah Amin berkongsikan pandangannya mengenai kaedah bersalin secara normal atau secara pembedahan (czer).

Menerusi klip video siaran langsung di TikTok, Fattah berkata kedua-dua kelahiran tersebut tiada beza apatah lagi ianya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan cahaya mata.

BACA: Fattah Amin Akui Gementar Timang Cahaya Mata 

“Bagi saya tiada perbezaan. Bersalin secara normal atau czer, kedua-dua adalah pengorbanan seorang ibu melahirkan anak. 

“Saya menyaksikan sendiri proses kelahiran. Sebab itu, syurga anak terletak di bawah tapak kaki ibu kerana sang ibu telah bertarung nyawa,”katanya.

Sementara itu, Fattah turut berkongsikan detik isterinya, Amira Othman melahirkan cahaya mata sulung mereka, Muhammad Jarir Umar dan meluahkan rasa syukur proses kelahiran dipermudahkan.

“Pengalaman dan perjalanan kelahiran Jarir ialah selepas subuh, kami dah dapat hint yang Jarir akan keluar. Bila dah sampai masa, mereka pun terus bergegas. Keadaan Amira bila dapat hint, alhamdulillah baik-baik saja,” katanya.

Terdahulu, Amira selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 Jun lalu yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Sumber: Astro Gempak

×