Anak sulungnya iaitu Ammar Effendy sah bergelar suami, pelakon Rozita Che Wan tidak dapat menahan sebak melepaskan anaknya itu ke alam perkahwinan.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta turut menitipkan pesanan kepada anaknya untuk menjadi pelindung serta sentiasa bersama isteri dalam apa jua keadaan.

BACA: “Tak Ke Mana Pun Jadi Pelakon, Penyanyi” – Che Ta Mahu Aaisyah Jadi Ustazah

“Tetaplah bersama walau dalam keadaan tak sempurna dan apa sekalipun. Moga Ammar dapat menjadi suami yang melindungi dan bukannya ‘bossy’. Buat Auni, jadilah isteri yang mendampingi dan tidak sekadar menemani.

“Dalam berumah tangga ini, Ammar dan Auni kenalah berpegangan tangan dalam setiap keadaan. Janganlah melepaskan pegangan tangan itu dikala susah atau berdepan kegetiran. Perkahwinan ini bukan seperti menukar pakaian. Jangan sesekali fikir jalan mudah untuk lari daripada apa saja godaan serta cabaran,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut berharap Ammar dan isterinya dikenali sebagai Auni untuk bersedia melalui realiti alam rumah tangga selepas ini.

Terdahulu, Ammar sah bergelar suami kepada Auni Ikhwan dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu. Ammar menyerahkan mas kahwin RM300 selain wang hantaran berupa jongkong emas.

×