Tarik Semula Kes Lafaz Rujuk, Mahkamah Tolak Permohonan Datuk Red

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menolak permohonan bekas suami Adira iaitu Datuk Red untuk menarik kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkannya.

Memetik Harian Metro, peguam syarie mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal berkata mahkamah mahu mendengar keterangan kedua belah pihak terlebih dahulu.

BACA: Datuk Red Bakal Nikah Julai Depan

“Pihak mahkamah ingin meneliti segala keterangan daripada kedua belah pihak (plaintif dan defendan) sebelum membuat keputusan.

“Saya dan anak guam, Red menghormati keputusan mahkamah dan kita sedia menunggu pada perbicaraan kes akan datang nanti. Semoga semuanya dipermudahkan dan lancar,” katanya.

Sementara  itu, peguam mewakili Adira berkata pihaknya menerima notis penarikan balik kes dari pihak Datuk Red pada Mei lalu

“Mengikut apa yang kita sedia maklum tahu, berdasarkan undang-undang di Mahkamah Syariah membabitkan pengesahan lafaz talak dan pengesahan lafaz rujuk itu, memang tertakluk mengikut hukum syarak.

“Jadi, kita kena tunggu sahaja keputusan dari mahkamah sama ada membenarkan (untuk tarik balik kes) atau tidak. Tetapi, pada perbicaraan hari ini mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang dibuat oleh plaintif (Red),” katanya.

Semalam, Datuk Red berkata dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya pada Julai depan.

Sumber: Harian Metro

×