Baru-baru ini tular gambar memaparkan seorang wanita dipercayai anak kepada pelakon veteran, Nasir bilal Khan di media sosial.
Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh seorang jurusolek, Nur Amaliena yang berkongsikan hari bahagia anak pelakon itu.
BACA: Nasir Bilal Khan Tolak Tawaran Cerita Tak Bermanfaat, Duit Bukan Keutamaan

“Make up bertunang anak kepada artis lagenda Malaysia, Nasir Bilal Khan,” tulis jurusolek berkenaan.
Menerusi gambar berkenaan, anak Nasir Bilal Khan dilihat cukup ayu mengenakan busana tradisional berwarna krim cerah.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan anak kepada pelakon drama Tanah Kubur itu serta mendoakan agar dipermudahkan urusan melayari bahtera rumah tangga.


