fbpx

Pelakon veteran, Nasir Bilal Khan berkata dia ada menolak beberapa tawaran jalan cerita yang tidak memberi manfaat kepada masyarkat dan baginya duit bukan keutamaan.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 64 tahun itu berkata dia turut menolak tawaran kerana jalan cerita yang tidak menarik kerana baginya dia perlu menjawab di akhirat kelak jika cerita yang dilakonkannya melalaikan.

“Sekarang saya banyak tolak tawaran berlakon sebab cerita tak menarik. Kadang-kadang stesen ni nak berebut rating, bagi saya keuntungan moral lebih penting, jadi banyak tolak sebab jalan cerita yang tidak bermanfaat.

“Sebab kena jawab dengan Allah di akhirat nanti, kalau cerita banyak melalaikan dari memberi manfaat nak jawab apa dengan Allah nanti? Bukan duit jadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Nasir mendedahkan dia tidak meletakkan harga pada lakonannya, namun, ada rakan artis terkilan dengan perbuatannya yang dikatakan menjatuhkan harga pasaran pelakon.

“Selepas terlibat dengan drama Tanah Kubur, saya ikhlas, saya kata pada pihak produksi nak bayar berapa esok jawab dengan Allah. Sampai satu masa memang ada yang nak bayar dengan harga yang mengarut.

“Sehingga ada selebriti jumpa saya, kata saya dah banyak menang anugerah, ambil harga macam tu, dia yang tak menang anugerah nak ambil harga berapa? Tersentak saya sebab rosakkan harga pasaran pelakon.

“Dalam dunia ni ikhlas pun sebab sebab masyarakat tak hargai keikhlasan malah ada yang ambil kesempatan saja,” katanya.

SUMBER: mStar Online