Anak Eyra Hazali Dipuji Lancar Baca Surah Ad-Dhuha

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish menjadi perhatian ramai apabila lancar membaca surah Ad-Dhuha di usia enam tahun.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok Kinder Hive, Hayder memperkenalkan dirinya sebelum memulakan bacaan. 

BACA: Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata Masuk Tandas Wanita, Elak Pengguna Rasa Tak Selesa

@kinderhive.hq

? Aktiviti Nuzul Al-Quran KinderHive®? ? Sempena menyambut Nuzul Al-Quran, anak-anak KinderHive di seluruh cawangan bersama-sama menghafaz surah-surah pilihan daripada Al-Quran. Alhamdulillah, semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. ? #KinderHive #IslamicEducationHive

? original sound – KinderHive HQ – KinderHive HQ

“Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish Bin Muhammad Haziq. Saya di sekolah KinderHive. Saya baca surah Ad-Dhuha,” katanya.

Sementara itu, pihak sekolah berharap usaja kecil dilakukan Hayder dapat melahirkan generasi yang mencintai al-Quran.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Hayder membaca ayat suci al-Quran serta mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi anak yang soleh.

×