Penyanyi dah pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur menerima mas kahwin yang sudah lama tertangguh daripada bekas suaminya, Norman Hakim.
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya Muhammad Faizal Zakaria dan Memey Suhaiza kerana tidak pernah campur isu berkenaan.
BACA: Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Sanding Indah Buat Marissa
“Dengan tenangnya, saya kongsi serba sikit biar semua tahu, yang ni dah selesai setelah 22 tahun ya. Terima ksasih suami & Memey tak pernah campur urusan-urusan yang tertangguh.
“Bukan nak share sangat pun sebenarnya cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun ni.. rezeki saya, tetap rezeki saya.. Alhamdullilah,” tulisnya.
Sementara itu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana isu tersebut sudah pun diselesaikan selepas bekas suaminya itu sudah berkemampuan.
“Terima Kasih Norman Hakim sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu share tapi tak pelah, saya suka nak share.
“Bukan sebab tak habis-habis tapi memang tak pernah selesaipun. Say terus menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat,” tulisnya.