“Sabronzo Tu Islam, Kenapa Semua Macam Terkejut?” – Netizen

Teka-teki mengenai status ahli kumpulan Dolla, Sabronzo akhirnya terjawab apabila penyanyi itu memuat naik gambar perkahwinannya degan jejaka pilihan hati, Ryan Fieret.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sabronzo atau nama sebenanrnya Wan Sabrina memuat naik gambarnya menganakan gaun putih sedondon dengan suaminya yang mengenakan sut krim.

BACA: Sabronzo Dolla, Deejay Dash Berlin Dah Kahwin?

Sementara itu, Sabronzo turut berkongsika gambar dirakam ketika acara pernikahannya dengan suami memaparkan penyanyi itu mengenakan kebayar dan suaminya berbaju Melayu.

Susulan berita perkahwinan Sabronzo itu, ada netizen mendakwa ada yang terkejut apabila mendapat tahu penyanyi itu beragama Islam.

Dalam hantaran dibuat di Threads, individu meminta untuk mendoakan yang baik-baik mengenai pakaian Sabronzo serta mengucapkan selamat pengantin baru buat Mek Sab (nama panggilan Sabronzo).

Diruangan komen, ada netizen mengatakan mereka tidak tahu Sabronzo berbangsa Melayu kerana disangakan Sabahan atau Sarawakian.

Dikhabarkan perkahwinan Sabronzo berlangsung dalam suasana penuh privasi melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak di sebuah pantai dipercayai di Bali, Indonesia.

Sumber: Threads

×