Pelakon dan usahawan, Ben Ali bersama isterinya, Nadiyah Shahab tampil memberi penjelasan mengenai spekulasi hubungan mereka yang hangat diperkatakan sejak tahun lalu.

Memetik HibGlam, Nadiyah berkata biarpun apa yang berlaku di masa hadapan hubungan tetap akan rapat apatah lagi mereka bekerja bersama.

BACA: Nadiyah Shahab Akui Tak Pandai Masak Nasi Goreng

Menurut Nadiyah lagi, hanya masa akan menentukan segalanya dan tidak menolak kemungkinan orang ramai akan mengetahui status sebenar mereka kelak.

“Syarikat kami, Absolut memang hasil usaha bersama. Kami percaya pada rezeki, sama ada kami bersama atau tidak, perniagaan tetap berjalan.

“Macam inilah, kami memang tak boleh berpisah. Di mana-mana pun akan sentiasa ada Ben dan Nadiyah. Kita kan kerja sama-sama. Macam mana nak berpisah? Kalau tak kerja sama mungkin boleh berpisah.

“Kalau nampak Ben dengan seseorang, maknanya (kami) dah (berpisah) lah. Seiring masa berlalu, mungkin dalam beberapa tahun lagi kalian semua akan tahulah,” katanya.

Sementara itu, Ben berkata seandainya ditakdirkan hubungan mereka berakhir, dia dan Nadiyah akan tetap bersahabat kerana keluarga mereka juga sudah akrab.

“Bagi saya, kalau katakanlah saya dah tiada dengan Nadiyah tiada apa-apa dan dia pun dah ada orang lain, kami tetap akan terus rapat.

“Orang baru pun kena terima bahawa saya dengan Nadiyah tak boleh berpisah sebab kami sebelum kahwin pun kawan baik,” katanya.

Terdahulu, timbul gosip mengenai pergolakan rumah tangga pasangan, namun Ben menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber: HibGlam

×