Nadiyah Shahab Akui Tak Pandai Masak Nasi Goreng
Meskipun pandai memasak pelbagai aneka masakan, bagaimanapun pelakon Nadiyah Shahab mendedahkan dia tidak pandai memasak nasi goreng.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadiyah berkata dia pernah cuba memasak nasi goreng namun gagal. Bagaimanapun, suaminya, Ben Ali tetap memuji masakannya itu.
BACA: Ben Ali, Nadiyah Shahab Sumbang RM40,000 Bantu Rakyat Palestin
“Saya boleh masak banyak menu tapi nasi goreng…omg gagal. Cuba buat sekali, kesian Ben makan nasi hangus. Tapi dia telan juga cakap sedap. Sekirannya ada yang mengetahui resipi, tolong kongsi dengan saya,” tulisnya.
Perkongsian Nadiyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengsyorkan pelakon itu mencuba resepi Khairun Aming.
Nadiyah turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang memberikan respon serta mengatakan dia akan mencubanya.
Nadiyah Shahab dan Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura.
- SUMBER
- Astro Gempak
Nadiyah shahab ni siapa?fst time dgr nma dia
Kebodohan apakah ini?
Nia ramadhani versi malaysia ke ni
Apakah jelmaan Nia Ramadani di Msia jua seberang Tambak kelihatan di sinii??
Mohon jgn hapdet taktau basuh sayur dgn buah lepas ni ya. Jua kesah sedih kena naik Bas sekolah pegi sekolah. Tolongla, cakap sesuatu yg membina sikit ya.Kami tak memerlukan artis2 bengong lagi membingungkn dlm industri ini.
Ujung2 Marijuana jua kekdahnyerrr.
Sedih dik.. Nasi goreng pun xpandai.. Muke pun biasa2, xpndai masak pulak.. Sadis..