Penyanyi dangdut terkenal, Amelina mendedahkan ada lelaki berstatus suami orang cuba berkenalan dan mendekatinya namun dia memilih untuk berundur.
Memetik Oh Bulan, Amelina berkata dia tidak mahu berdepan masalah di kemudian hari serta mengakui ada lelaki berstatus duda serta bujang cuba mendekati.
BACA: Buat Rawatan Tanam Benang, Amelina Nafi Ubah Wajah
“Ada yang mendekati rupa-rupanya suami orang. Walaupun wajah hensem saya harus tarik ‘handbrake’ (berundur) sebab tidak mahu sebarang masalah di kemudian hari. Ada juga duda dan bujang yang cuba mendekati.
“Mungkin juga mereka ‘approach’ saya tidak kena pada caranya dan tidak sampai di hati. Saya pula seorang yang manja,” katanya.
Sementara itu, Amelina berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk pasangan baru namun lebih selesa hidup bersendirian meskipun anak-anak memberikan ‘lampu hijau’.
“Jadinya sekarang saya banyak menundukkan pandangan supaya tidak tergoda dengan mana-mana lelaki. Status terkini saya ‘single’.
“Selepas ‘menghilang’ dan kembali semula dalam indsutri sejak 10 tahun lalu, saya terus fokus kepada anak-anak. Namun apabila mereka sudah dewasa, untuk saya memulakan semula hubungan rasa macam salah tingkah.
“Saya ada juga timbul rasa rendah diri, nak mengorat pun tidak pandai. Walaupun anak-anak beri ‘green light’, tapi saya tidak terfikir sangat ke arah itu (berkahwin baharu),” katanya.
Terdahulu, , Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 namun bercerai pada 29 Jun 2016.
Sumber: Oh Bulan