Umum mengetahui, gandingan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sememangnya sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen yang memuat naik video siaran langsung Bella dan Saddiq sedang mempromosikan satu jenama di TikTok.
BACA: Syed Saddiq Sifatkan Bella Wanita Besi, Lebih Sibuk Berbanding Ahli Politik

Bagaimanapun, individu itu meluahkan rasa kurang senang apabila Bella sering memberikan pick up line kepada Syed Saddiq serta asyik dengan dunia hiburan.
Malah, individu itu berkata Bella mungkin ada masanya perlu masuk ke dunia Syed Saddiq serta mendakwa ahli parlimen itu seolah malas melayan Bella.
Perkongsian individu itu mendapat perhatian Bella yang tampil memberikan respon dimana dia memberikan pick up line kerana hanya memenuhi komitmen yang diminta oleh klien.

“Ayat-ayat pick up line bukanlah saya cipta untuk suka-suka. Bila klien minta dengan menunjukkan papan putih tertulis ‘Bella/YB pickup line’ saya cuma laksanakan apa yang diminta. Itu sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya.
“Kalau kita nak bincang secara intelektual, saya sangat terbuka tapi sekadar peringatan siaran langsung itu bukan di akaun peribadi saya tapi milik klien,” katanya.