Raf Yaakob Kongsi Foto Kapsyen ‘Cinta’, Netizen Suruh Cari Cinta Baru

Umum mengetahui, pada November lalu pelakon Mawar Rashid memaklumkan dia dan Raf Yaakob memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Raf dilihat ada memuat naik fotonya dengan kapsyen ‘Cinta’ pada entri berkenaan.

BACA: “Mawar Rashid, Raf Bercerai Bukan Disebabkan Orang Ketiga” – Wawa Zainal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Raf agar tabah menghadapi apa yang berlaku serta mendoakan yang terbaik buatnya.

Dalam pada itu, ada yang berharap agar Raf dan Mawar akan bersatu semula sebagai suami isteri demi anak-anak mereka.

Tidak kurang juga, ada netizen menyuruh Raf agar mencari cinta baru. Komen netizen itu dibalas oleh Raf yang mengatakan dia mahu fokus pada diri sendiri terlebih dahulu.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

×