fbpx

Minggu lalu, status rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.

Memetik mStar Online, pelakon Wawa Zainal yang juga sahabat baik Mawar berkata aktres itu dan bekas suaminya, Raf Yaakob akan kembali bersatu.

BACA: Fazley Yaakob Baru Tahu Mawar Rashid, Raf Berpisah

Menurut Wawa lagi, dia melihat Mawar dan Raf pasangan yang cukup romantis serta mengesahkan perpisahan mereka bukan kerana orang ketiga.

“Mungkin perpisahan itu adalah keputusan yang terbaik buat mereka. Cuma saya harap mereka dapat kembali bersatu semula. Mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga. Jadi saya dan suami percaya ada sinar untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa berkata dia dan Aeril sudah tahu mengenai keputusan perceraian itu sebelum pengumuman dibuat pada 23 November lalu.

Wawa mengakui dia turut terkejut apabila mendengar hasrat mereka untuk berpisah namun mendoakan yang baik-baik saja buat Mawar dan Raf.

“Sebelum kisah ini heboh diperkatakan kami sudah tahu. Mereka ada maklumkan tentang hasrat untuk bercerai dan pasti kami amat terkejut.

“Apabila dimaklumkan mahu bercerai, kami hanya mendengar sahaja. Nak beri nasihat pun, kami bukanlah orang yang baik sangat. Kita terus doakan untuk mereka berdua,” katanya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.