“Saya Keluar Bekerja, Kalau Suami Mati Baru Berkabung”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Puteri Sarah apabila dikatakan tidak menghormati tempoh edah selepas perceraiannya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Memetik Oh Bulan, Sarah berkata tiada masalah perlu dibangkitkan kerana dia keluar atas urusan kerja dan dia sudah pun membuat beberapa rujukan mengenai perkara tersebut.

BACA: “Tiada Masalah Jika Puteri Sarah Terus Bergaya Cantik, Kemas, Sopan” – Yusof Haslam

Malah, Puteri Sarah berkata dia juga turut memaklumkan kepada bekas suaminya dan Syamsul tahu dia keluar untuk bekerja serta menjalani penggambaran.

“Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

“Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja.

“Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia tidak terasa hati apabila netizen mendakwa dia tidak menghormati tempoh edah selepas disahkan bercerai.

“Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya. Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial,” katanya.

×