fbpx

Diva AA Dikecam Biadap, Persenda Soal Munkar & Nakir

Sebut sahaja nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti ramai tahu pengacara terkenal itu tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi.

Terbaru, pengacara itu dikecam apabila didakwa biadap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai Munkar dan Nakir.

BACA: Lantang Kritik Neelofa, Instagram Azwan Ali Digodam

Menerusi video dikongsikan di Twitter, video berkenaan adalah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.

Difahamkan, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”

https://twitter.com/saif_alsiddiqiy/status/1426425688882499585

Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja namun jawapannya sangat keterlaluan kerana seolah mempermainkan agama. Jawapan Azwan itu disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.

“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,” jawabnya.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan jawapan biadap pengacara itu serta berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.

Video tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.

Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut.

“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulisnya.