fbpx

Isterinya, Nurul Amrina Zamri bakal melahirkan cahaya mata kedua mereka bulan depan, pelakon Aman Graseka pening untuk mencari duit selepas hilang punca pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Berikutan itu, pelakon berusia 53 tahun itu meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

BACA: Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Tak Halang Jumpa

“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya.

Selepas hilang punca pendapatan sejak dua tahun lalu Aman kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil.

Mengulas mengenai bayaran yang dituntutnya itu, Aman berkata filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan masih belum ditayangkan.

“Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aman mengakui dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakan namun memahami dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Ujarnya lagi, dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.