fbpx

Netizen Doakan Bekas Kekasih PU Riz Jumpa Jodoh Terbaik

Sebelum ini nama hangat Amal Syahmina hangat diperkatakan netizen sehingga trending di Twitter apabila dikaitkan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz.

Meskipun PU Riz sudah mendirikan rumah tangga, namun perkongsian Amal masih lagi menjadi perhatian netizen yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepadanya.

BACA: Foto Pakai Busana Putih, Netizen Ucap Tahniah Pada Bekas Kekasih PU Riz

Terbaru, Amal ada memuat naik gambarnya tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan semula jadi gadis itu.

Malah, ramai menitipkan doa agar gadis itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik serta mendapat kebahagiaan yang diimpikan.

Terdahulu nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.