fbpx

“Dia Pakai Seluar Pendek Pun Tak Reti, Singlet Pun Tak Tau Pakai…”

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai pelakon Nonny Nadirah apabila memuat naik foto seksi di Instagram miliknya.

Susulan tindakan Nonny itu, pelakon Ika Nabella yang mula rimas apabila ramai pihak mahu mencarinya kerana mahu bertanyakan mengenai rakan baiknya itu.

BACA: Nonny Nadirah Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur

Enggan mengulas mengenai isu itu, Ika meminta semua pihak berhenti menilai seseorang kerana kita semua pendosa dan Allah masih menutup aib kita.

“Nak beritahu, tak payah la cari saya, tak payah WhatsApp saya update apa-apa. Bukannya saya tak ada IG dia. Saya nampak dia post. Sungguh menyedihkan, saya menangis dan berfikir sejak perkongsian pertama tapi saya tak mahu bercakap tentang perkara itu kepada sesiapa.

“Saya tak mahu ulas apa-apa sebab saya manusia biasa. Apa kita lalui berbeza, nikmat dan dugaan hidup kita juga berbeza. Tapi hakikatnya kita semua sama, kita semua adalah pendosa. Allah tutup aib kita. Bagi dia masa, dia akan okay.

Dalam pada itu, Ika memberitahu dia sangat mengenali hati budi rakannya yang sememangnya baik hati dan mengutamakan orang tersayang terutama ibunya.

“Saya kenal hati budi dia. Dia tidak seperti itu. Kalau dulu saya selalu menjadi yang jahat, pakai seluar pendek pun dia tak reti. Singlet pun tak tahu pakai, saya yang mengajar dia fesyen bodoh.

“Dia tak pernah nak ikut pun. Malu dia kata, dia ada prinsip. Dia tahu tujuan hidup dia. Dia tahu siapa diri dia, keutamaan dia. Dia hidup untuk mama dia,” katanya.

Ika turut mendedahkan sikap rakannya itu yang tidak gemar berkongsi masalah sejak dahulu lagi dan lebih suka memendam perasaan.

“Aku ada saja di sini. Aku tak nak balik-balik call kau, nanti kau benci. Kalau kau depan aku mungkin aku lempang kau dulu baru peluk kau sebab tak kongsi dengan aku masalah kau.

“Inilah perangai buruk kau daripada dulu, suka diam-diam simpan maslah lepas tu buat hal. Jaga diri okay Kau ok tu aku tahu. Bila-bila masa kau perlukan aku call, aku ada saja ni,” katanya.