fbpx

Pelbagai isu dan kontroversi terpalit usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, isterinya Datin Seri Nur Shahida berkata dia mengambil iktibar di atas apa yang berlaku sebelum ini.

Shahida berkata apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar. Bagaimanapun, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ujian dari Allah.

BACA: “Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki, Nak Harap Bantuan Sampai Bila?”

“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang.

“Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen seorang pengikut di Instagram.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.