fbpx

Sempat Hamil Minggu Lepas, Elizad Keguguran

Hasrat pelakon Siti Elizad untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur dia sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad berkata dia sangat gembira apabila disahkan hamil selepas melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) namun kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.

BACA: Elizad Dikritik Kongsi Rawatan IVF, Netizen Suruh Banyakkan Ibadah

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.

“Tapi kandungan tak kuat dan leeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana. Terduduk seketika,” katanya.

Redha di atas apa yang berlaku, Elizad berkata dia tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk terus mendapatkan cahaya mata. Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” katanya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.