fbpx

Nourul Wahab Kecewa Ditengking Anggota Keselamatan KLIA

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi Nourul Wajab meluahkan rasa kecewanya apabila dilayan dengan kasar dan ditengking oleh seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdepan pengalaman tidak menyenangkan itu, Nourul berkata dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) namun berharap anggota berkenaan lebih bertimbang rasa dan berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.

BACA: “Saya Tiada Masalah Menyanyi Dengan Ajai, Suami Izinkan”

https://www.instagram.com/tv/CBX260tHZaH/?utm_source=ig_embed

“Anggota itu tinggikan suara pada saya. Dia cakap dua orang sahaja yang boleh masuk ke dalam.

“Saya kata okey, tetapi ibu bapa mertua saya tak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.Tapi dia masih menjawab dengan nada yang tinggi,” katanya.

Nourul berkata dia belum pernah lagi berdepan dengan situasi seperti itu membabitkan penjawat awam. Ujarnya, tidak kira seseorang itu berkuasa atau tidak berbudi bahasa itu sangat penting.

“Bahasa sesungguhnya jiwa bangsa. Terutamanya yang bertugas demi negara. Tak kira awak ada kuasa atau tidak, jangan kurang ajar dengan orang lain.

“Manusia dinilai daripada kesopanan kita, tak kira apa-apa jawatan dan pekerjaan pun. Saya tak pernah jumap anggota keselamatan yang kurang ajar seperti itu,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CBZmdDFpC9N/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, Nourul turut memuat naik gambar bersama petugas keselamatan bertugas yang cuba menjelaskan mengenai salah faham berkenaan.

Nourul mengakui terkedu kerana belum sempat muka mulut sudah ditengking, bagaimanapun dia memahami bahawa anggota keselamatan juga manusia biasa dan menghormati tugas besar mereka sebagai petugas barisan hadapan.