fbpx

“Saya Tiada Masalah Menyanyi Dengan Ajai, Suami Izinkan”

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Wahab ada berkongsikan mesej dari seorang peminat yang rindukan gandingannya bersama Ajai di atas pentas selepas menonton persembahan Ajai bersama Dia Fadilla di konsert Gegar Vaganza, Ahad lalu.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Nourul memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi pentas dengan Ajai atas dasar profesional sekiranya ada peluang dan menyifatkan gandingan mereka sebelum ini adalah salah satu bab dalam kehidupan mereka.

Ujar Nourul lagi, suaminya Eric Daniel Depp sudah lama memberi keizinan sekiranya dia ingin berduet atau mengadakan persembahan istimewa dengan Ajai.

BACA: Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza 5, Bawa Pulang RM100,000

“Kepada semua peminat, saya langsung tiada masalah mengadakan persembahan dengan satu-satunya insan seperti Mr. Ajai.

“Malah suami saya sendiri memberikan kebenaran lama dulu berdasarkan profesionalism dan duet di antara kami adalah salah satu bab dalam kehidupan kami.

“Saya okay untuk menyanyi atau membuat persembahan istimewa dengan Mr. Ajai andai semuanya baik-baik belaka. Yang baik itu semuanya daripada Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin,” tulisnya lagi.