fbpx

“Siapa Kata Saya Cuma Main-Main Menyanyi? Saya Serius!”

Meskipun nyanyiannya sering menerima kritikan netizen, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat Fattah Amin untuk terus serius dalam bidang nyanyian. Menurut Fattah kerjanya sebagai penyanyi bukan sekadar suka-suka.

Fattah berkata dia sangat serius untuk menyanyi malah dia sangat meminati bidang nyanyian sejak zaman belajar lagi serta turut mempunyai kumpulan sendiri.

BACA: Fattah Amin Akan Terus Menyanyi Selagi Ada Yang Nak Dengar

“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius! Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya saya serius menyanyi.

“Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri. Cuma ketika awal menyertai pentas seni, reseki lakonan yang datang dulu,” katanya kepada mStar Online.

Baru sahaja melancarkan single terbarunya bertajuk Bebas hari ini, Fattah berkata lagu itu membawa maksud kebebasan daripada masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat.

Ujarnya, lagu tersebut mengambil inspirasi daripada isterinya, Nur Fazura yang sering menunjukkan sikap positif dalam kehidupan. Tambahnya lagi, lagu Bebas itu juga adalah hadiah buat para peminatnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata dia mahu keluar dari zon selesa dan cukup-cukuplah menyanyikan lagu berunsurkan romantik.