fbpx

Minta Izin Beli Motor, Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus

Menerusi Instaram, Shuib Sepahtu berkongsikan kepada peminatnya impiannya untuk memiliki motosikal idaman jenama Honda Y15ZR akhirnya tercapai selepas mendapat keizinan daripada isterinya, Siti Sarah.

Bagaimanapun perkongsian Shuib itu mengundang kecaman netizen apabila ada yang melabelnya sebagai suami dayus kerana perlu meminta izin daripada isteri terlebih dahulu.

BACA: Shuib Sepahtu Kongsi Detik Cemas Disengat Lebah

Siti Sarah menerusi satu entri di Instagram meluahkan rasa kesal di atas tuduhan tersebut dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. Sarah menegaskan, suami yang berterus terang dengan isteri dalam sesuatu perkara bukanlah suami dayus.

“Tak sangka pulak cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar. Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.

“Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ini menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab sedangkan suaminya itu boleh sahaja untuk membeli sesuatu tanpa bertanyakan pada dirinya.