fbpx

Nabil Ahmad Dinobat Pengacara Terbaik Asia

Tahniah diucapkan kepada pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) yang berlangsung di Cannes, Perancis, Isnin lalu.

Menerusi Instagram, Nabil memberitahu pengiktirafan tersebut adalah pencapaiannya yang tertinggi diterima sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

BACA: Nabil Ahmad Terfikir Untuk Undur Diri Dari Dunia Seni

Nabil turut meluahkan rasa syukur di atas anugerah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada kepada mereka yang terlibat dalam program Gegar Vaganza yang mengangkat namanya sebagai pengacara terbaik Asia.

Ramai rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada beliau termasuk pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi yang mahu melihat Nabil dinobat Pengacara Terbaik peringkat dunia pula selepas ini.