fbpx

Alami Pendarahan Teruk, Syatilla Melvin Keguguran

Mengakui kecewa kerana tidak dapat menimang cahaya mata kedua, pelakon Syatilla Melvin bagaimanapun reda di atas kejadian tersebut. Menurut Syatilla, dia mengalami pendarahan teruk setelah melakukan kerja rumah minggu lalu.

BACA: Syatilla Melvin: Tiada Istilah Jual Anak

“Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur”

“Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami reda dengan apa yang telah berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, mengambil pengajaran terhadap apa yang terjadu, dia akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata kedua dan dalam masa yang sama akan menjaga sebaiknya kesihatan diri dan kandungan.

Shaheizy dan Syatilla dan Shaheiz mendirikan rumahtangga pada Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017. Semoga usaha dan juga urusan Syatilla dan juga keluarga dipermudahkan. (rtky/s)